Home Artikel PAS Selangor

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor – Aktiviti Jabatan Amal Gombak Gotong-royong PASTI

390
SHARE

Gombak, Selangor | 22 Ogos 2020

Jabatan Amal Malaysia Kawasan Gombak telah mengadakan aktiviti gotong-royong PASTI bersama Pemuda PAS Gombak.

Aktiviti yang dijalankan adalah memindahkan barang-barang PASTI Ehsan 1 ke Premis PASTI yang baru. Kekuatan anggota Amal Gombak seramai 4-5 orang anggota diketuai oleh Sdr. Mohd Firdaus Bin Zolkornain selaku Penyelaras Amal DUN Gombak Setia merangkap AJK Amal Kawasan Gombak.

Turut sama hadir membantu operasi gotong-royong ialah Ustaz Syarhan Humaizi Halim selaku Pengerusi PASTI Dewan merangkap Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor.

Segala aktiviti berjalan dengan lancar hingga habis selesai.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor