
Gombak, Selangor | 22 Ogos 2020
Jabatan Amal Malaysia Kawasan Gombak telah mengadakan aktiviti gotong-royong PASTI bersama Pemuda PAS Gombak.

Aktiviti yang dijalankan adalah memindahkan barang-barang PASTI Ehsan 1 ke Premis PASTI yang baru. Kekuatan anggota Amal Gombak seramai 4-5 orang anggota diketuai oleh Sdr. Mohd Firdaus Bin Zolkornain selaku Penyelaras Amal DUN Gombak Setia merangkap AJK Amal Kawasan Gombak.

Turut sama hadir membantu operasi gotong-royong ialah Ustaz Syarhan Humaizi Halim selaku Pengerusi PASTI Dewan merangkap Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor.

Segala aktiviti berjalan dengan lancar hingga habis selesai.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor