Home Berita PAS Sabah

Bengkel perbaiki solat disambut baik masyarakat Kinabatangan

171
SHARE

Oleh: Aisyah M Shah
5 Februari 2023

KINABATANGAN: Dewan Muslimat PAS kawasan (DMPK) Kinabatangan telah mengadakan Bengkel Perbaiki Solat di Masjid Aali Yusuf, Kampung Batu Puteh, disini semalam.

Program yang julung kalinya diadakan di masjid itu mendapat sambutan yang sangat baik dan menggalakkan daripada penduduk setempat dengan kehadiran seramai 100 orang peserta.

Menurut, Naib Yang Dipertua PAS kawasan Kinabatangan, Kastieya Fudin, bengkel ini bertujuan mengajak masyarakat Kinabatangan, khususnya kaum hawa untuk mencantikkan ibadah seharian iaitu solat lima waktu.

“Hari ini kami bawakan Guru Pendidikan Islam, Ustazah Fatin Daratul Ain selaku penceramah yang dijemput khas untuk program kali ini.

“Harapan kami agar program ini dapat memberi manfaat dan impak besar dalam menjalankan ibadah solat yang lebih sempurna kepada semua peserta,” jelasnya.

Sementara itu, Pengerusi Masjid Aali Yusuf, Haji Idris Haji Abdul berkata program ini bukan sahaja memberi ilmu pengetahuan, malah turut dapat merapatkan lagi ukhwah dalam masyarakat sekitar.

“Jika ada program yang mahu dianjurkan pada masa akan datang, kami berbesar hati menerima kerjasama untuk diadakan di masjid ini,” ujarnya.

Turut hadir bersama semalam barisan Ahli Jawatan Kuasa dan ahli DMPK Kinabatangan.