Home Artikel PAS Sabah

Bengkel Penulisan Haraki bakal lahirkan Wartawan Rakyat

393
SHARE

Oleh : Husna Majid.
6 Oktober 2019.

SILAM : Bengkel Penulisan Haraki telah diadakan pagi tadi di PASTI Al-hidayah, Lahad Datu bertujuan melahirkan Wartawan Rakyat yang melaporkan aktiviti PAS di daerah ini.

Bengkel tersebut telah dikelolakan oleh Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Sabah, Mustaman Mustain yang telah berkongsi tentang kaedah penulisan berita.

Seramai 25 orang peserta telah menghadiri bengkel berkenaan yang terdiri daripada AJK PASTI, Nusaibah, Jabatan Amal, Briged Muslimat dan Ameerah.

Terdapat 3 slot pengisian disampaikan iaitu teori penulisan berita, praktikal penulisan berita dan kaedah menulis di media sosial.

Mustaman juga berharap agar lebih banyak berita akan terbit selepas bengkel ini yang dihasilkan oleh para peserta bengkel.

Hadir sama dan merasmikan bengkel ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Silam, Landari Labobo disamping Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Silam, Sumarni Sainddin.