Home Artikel PAS Selangor

Bengkel Ceramah Kelompok Berkesan, Persediaan PRU-14

173 views
SHARE

BANGI – Satu bengkel ceramah kelompok berkesan telah dianjurkan oleh HalWa Serdang hari ini.

Menurut Puan Noreha Othman selaku Pengarah Pilihanraya Dewan Muslimat PAS Serdang, bengkel ini merupakan satu usaha memperlengkapkan muslimat serdang dengan isu yang perlu dibawa kepada rakyat sebelum pilihanraya.

“Bengkel ini adalah inisiatif yang kami ambil bagi mendedahkan peserta isu utama yang mereka perlu kuasai dan bagaimana cara terbaik mendekati rakyat”.

“Peserta yang kami pilih adalah muslimat kawasan Serdang yang mempunyai keyakinan tinggi untuk bercakap dikhalayak dan sesuai bagi mereka yang ingin membina keyakinan diri”.
Bengkel Ceramah Kelompok Berkesan ini telah diadakan di Bilik Latihan, Pejabat ADUN Bangi dan disampaikan oleh Puan Nor Zarina, Pengarah Pilihanraya Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor (DMPNS)

Rata-rata yang hadir bersedia untuk memberi penerangan kepada rakyat terutama golongan wanita yang berada dalam lingkungan mereka.