Home Berita PAS Sabah

Bengkel Kewartawan lahirkan penulis yang berprinsip dan berkaliber

60
SHARE

 

Oleh: Siti Nurmah Fitriani  Mohamad
16 Julai 2024

KINABATANGAN: Wartawan Rakyat Sabah (WARAS) Kinabatangan anjur bengkel Kewartawanan bertempat di Pejabat PAS Kawasan Kinabatangan pada 14 Julai 2024.

Bengkel yang telah disampaikan oleh Timbalan 1 Unit WARAS Penerangan PAS Sabah, Aizal Samsaruddin turut dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa(AJK) PAS Kawasan Kinabatangan.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk melahirkan lebih ramai wartawan yang mampu menulis dengan lebih baik.

“Saya merasa banyak pengetahuan yang saya dapat tentang penulisan berita secara langsung”, ujar Ayesyah, salah seorang peserta bengkel.

Manakala Siti Nurhaliza pula berkata bahawa bengkel ini dapat mengasah bakat dan idea dalam penulisan berita.

Turut hadir Ketua Penerangan PAS Kawasan merangkap Timbalan Ketua Pemuda Asrul Kassim bersama ahli jawatankuasa.

“Saya berharap melalui program ini, dapat mengasah bakat dalam penulisan berita,”ujar Siti Nurhaliza