Home Artikel PAS Selangor

Bengkel Grafik Menarik Minat Rakyat

513
SHARE

BANGI – Pemuda PAS Serdang hari ini telah menganjurkan satu bengkel asas grafik kepada rakyat setempat.

Bengkel yang memberi input berkenaan perisian Adobe Illustrator dan Adobe Photoshop ini telah diadakan selama sehari di Pejabat ADUN Bangi.

Seramai lebih 20 orang peserta telah hadir dan memberikan maklum balas positif terhadap bengkel berkenaan.

“Cabaran media baru hari ini sangat hebat. Bengkel seperti ini membolehkan saya belajar bagaimana ingin memberi manfaat kepada masyarakat melalui penghasilan grafik yang menarik” Ujar Puan Aida yang merupakan salah seorang peserta bengkel berkenaan.

“Terima kasih pada pihak penganjur terutama PAS Serdang kerana memberi peluang kepada kami menambah ilmu dengan mudah. Sebab harga untuk masuk bengkel seperti ini sangat mahal diluar sana”, tambah beliau.

{jathumbnail off}