Home Berita PAS Wilayah

Bengkel Cakna, Ulas & Respon Isu (CUReS) Mengasah Skill Penulisan Muslimat Muda

883
SHARE

KUALA LUMPUR: Menyedari akan kepentingan teknik penulisan dalam menyebar luas capaian dakwah, Ameerah Wilayah Persekutuan (WP) telah menganjurkan Bengkel Cakna, Ulas & Respon Isu (CUReS) di sini, semalam.

     

Bengkel tersebut telah dihadiri oleh peserta daripada barisan Exco Ameerah WP dan dibimbing oleh Ustaz Izwan Abdul Halim, Pengarah Jabatan Penerangan DPPM yang juga seorang ikon penulisan dalam parti.

Antara pengisian menarik dalam bengkel tersebut adalah bagaimana para peserta diajar untuk menguruskan sesuatu isu bermula dari mengenali dan menganalisa isu itu sendiri sehingga teknik menghasilkan kenyataan media.

Mengulas tentang tujuan bengkel ini diadakan, Pengarah Ameerah WP, Puan ‘Atikah Abd Rahman telah menyatakan matlamatnya adalah untuk mengasah kemahiran muslimat muda PAS dalam mendepani isu-isu semasa yang melanda Parti dan negara.

Beliau juga berharap agar Ameerah Wilayah Persekutuan menjadi salah satu medan kepada wanita muda Malaysia untuk terus cakna akan isu-isu semasa yang melanda terutamanya berkaitan dengan hal ehwal wanita muda.