Home Berita PAS Selangor

Bendera Yang Berkibar – Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Kawasan Bangi

1065
SHARE

Oleh : Dewan Pemuda PAS Kawasan Bangi

Bangi, Selangor | 9 Oktober 2020

Nampak tak bendera yang sedang berkibar?

Kibaran itu tidak akan berlaku jika bendera tersebut masih dilipat, tidak ada yang naik ke atas untuk gantungkan ia.

Itulah analogi mudah bahawa setiap sesuatu itu perlukan usaha. Anak muda, jika ingin terus melihat bendera itu berkibar. Maka aturkan diri dalam perjuangan ini dengan sebaiknya.

Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berpesan, “Aku tidak bimbang perjalanan jamaah ini kerana pasti Allah memeliharanya. Namun yang aku bimbang ialah petugasnya yang tidak tahan kerana jauhnya perjalanan atau besarnya menahan ujian.”

Tidakkah dirimu akan bersedih, andai bendera mu berhenti berkibar?

Anak muda, kita adalah pekerja-pekerja haraki yang sentiasa memerlukan dakwah, tarbiah dan siasah.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor