Home Uncategorized

Bencana COVID-19 : PUSPEN Dibantu PAS Sarawak

27
SHARE

Oleh WANEE DONI

Petra Jaya, 28 Jun 2021 :  Susulan daripada angka kes pandemik COVID-19 yang belum menunjukkan angka menurun, PAS Sarawak pantas mengumpulkan dana bagi membantu penduduk terjejas terutama mangsa COVID-19.

Sumbangan Tabung Bencana COVID-19 PAS Sarawak merupakan satu inisiatif Sekretariat Tabung Bencana Covid (TBC) diketuai Encik Morshidi Harun juga  merangkap Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) PAS Sarawak telah menyerahkan sendiri sumbangan berbentuk makanan harian di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Kuching di mana semua staf dan petugas diarahkan kuarantin akibat ramai penghuni pusat itu positif COVID-19.

Menurut Morshidi, seramai 30 orang staf dan petugas PUSPEN yang terjejas dan dikuarantin ekoran wujud kluster baharu 25 Jun lalu didapati seorang lelaki dilaporkan positif hasil saringan individu bergelaja.

Penyerahan sumbangan tersebut turut dihadiri AJK LKK PAS Sarawak, Wan Hanif dan wakil daripada Yayasan Amal Malaysia(YAM), Azree Aizat.

PAS Sarawak menyeru agar semua rakyat tampil membantu mana-mana pihak yang memerlukan dan tetap mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) memandangkan kes di Sarawak masih mencecah angka melebihi 400 kes.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh salurkan sumbangan melalui akaun 11013010023984(Bank Islam) atas nama Badan Perhubungan Dan Markaz Tarbiyyah PAS Negeri Sarawak.