Home Berita PAS Wilayah

Belia Pencorak Masa Depan Negara

1012
SHARE

Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah belia pada 2018 ialah 15.1 juta iaitu 46.64 peratus daripada keseluruhan penduduk di negara ini.

Menjelang tahun 2030 pula dianggarkan golongan belia adalah kumpulan majoriti yang akan menjadi pemegang taruh dalam mencorak dan menentukan kepimpinan Malaysia pada masa hadapan.

Justeru, pembinaan diri para belia sedari awal wajar diberikan perhatian agar masyarakat kita mempunyai belia yang teguh jati diri terutamanya dari sudut kefahaman dan pengamalan nilai-nilai Islam yang sebenar.

Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan mengucapkan Selamat Hari Belia Negara kepada seluruh belia di Malaysia khususnya.

Kita mendoakan agar jati diri belia di negara ini terus subur dengan iman, amal, ilmu dan akhlak yang baik agar negara ini dipacu oleh manusia yang bukan hanya berorientasikan kecemerlangan dunia tetapi yang lebih penting adalah menjadikan akhirat sebagai wawasan utama.

“Islam Memimpin Perpaduan”
“Islam Memimpin, Wanita Sejahtera”

DEWAN MUSLIMAT PAS WILAYAH PERSEKUTUAN