Home Berita PAS Selangor

Belajarlah adab sebelum ilmu – Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor

82
SHARE

May be an image of one or more people

Laman Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor Us Shafie Ngah | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : YBhg Ustaz Shafie Ngah
Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor

Artikel | Sebelum belajar apa-apa ilmu pengetahuan, belajarlah adab sopan terlebih dahulu. Sebelum mendidik murid dengan ilmu, didiklah mereka dengan sopan santun terlebih dahulu.
Itulah pesan saidina Umar al-Khattab, Khalifah Islam kedua dan antara sahabat paling akrab dengan Rasulullah SAW.
Ilmu sangat penting dalam kehidupan. Carilah ilmu walau di mana ia berada.

Manusia merantau ke seluruh pelusuk dunia untuk menggejar ilmu. Tidak ketinggalan anak-anak Malaysia. Sampai ke UK, US, Jepun, Jordan, Indonesia dan macam-macam tempat lagi. Dari universiti yang mudah disebut hingga ke universiti yang susah disebut. Mereka pulang ke tanah air dengan membawa ilmu dan gelaran, dari peringkat sijil sampai ke doctor falsafah.

Islam meletakkan ilmu di kedudukan yang tinggi. Malah, wahyu pertama yang diterima oleh Rasululllah SAW adalah wahyu yang berkait langsung dengan ilmu, iaitu iqra’.

Justeru itu Islam menegaskan bahawa mencari ilmu adalah kewajiban agama. Betapa demikian ketegasan Islam, bagi rakyat yang sedang berjihad menentang musuh negarapun Islam tidak suruh semuanya pergi ke medan perang. Islam mahu sebahagian daripada mereka pergi menuntut ilmu. Macam orang Pales.tin, tidak semua mereka perlu bangkit melawan zio.nis. Wajib ada sebahagian daripada mereka yang keluar menuntut ilmu.
Namun, dalam pada tingginya kedudukan ilmu di sisi Islam, dan di sisi manusia sejagat, ada satu lagi yang lebih tinggi daripadanya. Ia dinamakan adab.

Adab adalah mengenai perbuatan baik. Atau budi pekerti. Atau kesopanan. Atau kesusilaan.

Lebih tepat – akhlak.

Rasulullah SAW diutus ke alam maya ini demi untuk menyampaikan perihal akhlak yang mulia. Demikian diriwayatkan dalam sebuah hadith soheh yang masyhur.

Tidak ada seorangpun orang Islam tidak tahu tentang hadith ini. Jika ada mana-mana orang Islam, khususnya di negara ini yang tidak tahu akan hadith ini, itu sesuatu yang pelik dan janggal. Sama ada dia seorang yang sangat lupa atau mungkin sudah dirasuk oleh suatu unsut jahat. Wallahu a’lam.

Islam sangat serius tentang akhlak. Akhlak meliputi tutur kata, penulisan dan perbuatan.

Seseorang insan akan dilihat kepada akhlaknya terlebih dahulu sebelum ilmunya. Sama ada dilihat pada tutur katanya, penulisannya dan perbuatannya.

Menariknya, negara kita juga amat serius tentang akhlak. Betapa seriusnya negara kita mengambil perhatian mengenai akhlak ini sehingga perihal akhlak diletakkan di dalam Rukun Negara, iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.

Justeru, huduh benarlah jika kita tidak meletakkan akhlak dalam diri kita – tutur kata atau penulisan atau perbuatan.

Tiada guna jika belajar jauh-jauh tapi akhlak tidak ada.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor