Home Berita PAS Selangor

Bayi 28 minggu yang terpaksa dikeluarkan akibat ibu Covid, meninggal dunia – PAS Kapar

64
SHARE

May be an image of 1 person, standing, outdoors and text that says "WTY 6250"

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kapar

Oleh : Umar Al-Hayawi

KAPAR, 11 September – PAS Kawasan Kapar menerusi Pusat Khidmat PAS Kapar, semalam telah menyampaikan sumbangan sebuah kerusi roda buat Puan Natrah Abd Rahman melalui suaminya yang tinggal di Taman Desa Baiduri, Jalan Iskandar, Bukit Kapar.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh YDP PAS Kawasan Kapar, Ust Noor Najhan Mohamad Salleh yang juga merupakan Pengerusi Pusat Khidmat PAS Kapar.

Puan Natrah dikhabarkan telah ditahan di Hospital Sungai Buloh sejak 23 Julai 2021 disebabkan COVID-19. Juga diceritakan, ketika itu beliau sedang mengandung 28 minggu dan Doktor terpaksa mengeluarkan anak dalam kandungan secara pembedahan demi menyelamatkan ibu dan anak dalam kandungan tersebut.

Namun atas takdir ketentuan Allah SWT, selepas beberapa hari bayi tersebut telah meninggal dunia.

Semoga Puan Natrah bersama suami, dikurniakan kekuatan dan ketabahan daripada Allah SWT dalam terus mengharungi liku-liku kehidupan di musim COVID-19 ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor