Home Artikel PAS Pahang

Basic Boatman Training & Water Confident 2017

65 views
SHARE

Temerloh : Pada 15 Oktober 2017 lalu telah berlangsungnya satu program tahunan yang bermakna dan penting bagi Jabatan Amal Malaysia Negeri Pahang iaitu latihan asas untuk persediaan menghadapi banjir.

Bilangan peserta yang hadir dan lapor diri semasa hari kejadiaan adalah mencecah 70 orang dari sekitar Pahang. Bahkan ada juga peserta daripada negeri lain seperti Selangor, Wilayah, dan Terengganu. Kategori peserta yang hadir pada hari kejadian adalah daripada Jabatan Amal Malaysia, DACS dan orang awam.

Pengalaman yang cukup bermakna untuk kali ini kerana anggota Jabatan Amal Malaysia dilatih dan diberi tunjuk ajar oleh jurulatih-jurulatih yang bertauliah dan berpengalaman dalam mengendalikan bot serta cara menyelamat mangsa di air.

Harapan daripada peserta agar program sebegini diteruskan untuk masa akan datang.

“Beramal Kerana Allah”