Umno bergolak lebih awal dari jangkaan. Krisis dalaman menghambat mereka seawal tersebarnya nama-nama penyandang atau ketua bahagian tertentu tidak disenaraikan sebagai calon PRU kali ini.
Kalaupun ini satu strategi umno, moral dan semangat petugas dikebanyakan kawasan mereka sudah jatuh dan lemah. Kalangan mereka sendiri mempebesarkan persengketaan berskala besar mereka di segenap ceruk media sosial.
Orang tamak selalu rugi, gelojoh membawa padah. Kata kiasan ini mula berlegar di kalangan orang ramai. Topik kedai kopi semakin meriah dengan perkembangan terbaharu ini. Ada yang tiba-tiba datang serangan longlai dengan kekejangan.
Pimpinan besar mula berpeluh memikirkan jawapan wartawan bertali arus. Kita sudah jangka… Kita sudah tahu…kita bersedia hadapi semua ini… kejadian ini tidak melemahkan kita.
Apa pun ayat jawapanya, semua itu tidak mampu menutup kejadian-kejadian menutup markaz, menurunkan bendera, enggan keluar dan bermacam-macam onar yang kasar dan susah ditangani.
Sesetengah kawasan pula mulai banjir. Isu besar yang perlu dihadapi juga kerana memaksa-maksa diadakan piliharaya musim ini. Ada pula hulu balang berkeras keng kata musim di Malaysia sudah berubah. Banjir tidak akan berlaku pada bulan November dan Disember.
Satu persatu masalah besar melanda umno sehari dua ini. Nak urus calon Dewan Undangan negeri lagi, nak selesai karenah calon Parlimen lagi. Adat pada kata itu tak kena, ini tak kena. Atau bahasa popular anak muda hari ini mereka bersuil sinis dengan lirik lagu “Entah Siapa Yang Salah…
Ketua-ketua cawangan umno dah merah muka. Penyakit seperti empat tahun lalu datang lagi. Saat sejurus Umno kalah dan hilang kerajaan persekutuan. Berbulan-bulan mereka tidak keluar rumah dan bargaul dengan masyarakat.
” Entahlah…. apa nak jadi dengan umno aku pun dok tahu doh…biar mapuh lah…. beleber seorang ketua cawangan pagi ini sambil hirup teh susu dengan memek muka menelan pahit angkara terlupa mengacau susu …tinggalah susu setebal seinci dalam cawan tersebut…. “serba serbi tak kena pekiknya sambil angkat punggung berlalu pergi…
Catatan Noja.
Cuit-cuit Politik PRU-15
1November 2022