“PASTI D’Hati” | Jabatan PASTI Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
SEPANG, 25 Julai – AJK pengurusan PASTI At-Taqwa dengan kerjasama PAS cawangan Kampung Bukit Changgang meneruskan inisiatif menyampaikan bantuan bekalan makanan bagi ibubapa dan guru-guru PASTI di Bukit Changgang yang terkesan dengan pandemik Covid-19.
Menurut laporan, mereka telah mengedarkan 20 pek sumbangan bantuan berbentuk barang basah dapur seperti sayur-sayuran dan ayam mentah kepada ibu bapa serta guru-guru PASTI yang terkesan tersebut. Laporan menyatakan perkhidmatan bakul bergerak ke rumah-rumah sewa di sekitar kawasan kariah juga dijalankan.
Semoga Allah SWT menjauhkan wabak penyakit dalam misi sumbangan mereka ini agar penyampaian bantuan ini berjalan lancar dan juga semoga segala bantuan yang diberi dapat memberi manfaat kepada para penerima dalam sama-sama kita harungi wabak Covid-19 di negara kita Malaysia ini.
“Yang banyak sama diberi, Yang sedikit sama dikongsi”
Kepada ibubapa yang masih memerlukan pek sumbangan dan perkhidmatan bakul bergerak atau ingin turut sama menyumbang boleh hubungi pihak pengurusan PASTI At-Taqwa :-
Herol : 012 3734996
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor