Home Berita PAS Sabah

Banyakkan ibadah 10 malam terakhir Ramadan

56
SHARE

Oleh: Nurfatiha Mohammad
10 April 2023

KINABATANGAN: Jangan tinggalkan 10 malam terakhir di bulan Ramadan sebaliknya terus tingkatkan amalan sunat.

Yang Di Pertua PAS Kawasan Kinabatangan, Abdul Aziz bin Baitul makmur berkata demikian semasa berucap dalam majlis berbuka puasa di Masjid Al Furqan Kg Sinar Jaya, petang tadi.

“Teruskan istiqomah melakukan amalan-amalan sunat seperti melazimi zikir,bertadarus, berqiamulail dan amalan sunat yang lain,” jelasnya lagi.

Majlis ini diadakan untuk meraikan golongan asnaf dan anak yatim di komuniti tersebut sekaligus mengagihkan sumbangan bakul ramadan dan duit raya.

“Sumbangan bakul ramadan yang berbentuk makanan keperluan seperti beras dan keperluan asas dapur serta duit raya merupakan hasil sumbangan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Negeri Sabah dengan kerjasama Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Kinabatangan.

“Semoga sumbangan ini dapat memberikan sinar kebahagiaan kepada para penerima sekaligus meringkan sedikit beban,” ujarnya lagi.

Diakhir ucapan, beliau mengingatkan kepada semua termasuk dirinya untuk bersama-sama meraikan kehadiran kanak-kanak ke masjid malah menggalakkan anak-anak untuk hadir ke masjid.