Home Berita PAS Terengganu

Bantuan Sumbangan Pakaian Sekolah Ukir Senyuman Ibu-Bapa, Pelajar

4
SHARE

HULU TERENGGANU – Seramai 40 pelajar asnaf di Hulu Terengganu menerima sumbangan pakaian sekolah dalam satu program anjuran bersama Pewanis, Warga Cakna dan Nisa’ Terengganu  di Pasar Raya Sakan, di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Maliaman Kassim berkata, kesemua penerima bantuan terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah dari empat Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Hulu Terengganu.

“Hari ini saya hadir sama bagi menyampaikan sumbangan kepada 40 pelajar dan murid yang hadir bersama ibu bapa mereka.

“Bantuan yang merangkumi pakaian sekolah bagi meringankan beban keluarga menjelang sesi persekolahan baharu tidak lama lagi.

“Sumbangan ini sudah pasti dapat meringankan beban keluarga yang kurang berkemampuan. Ia juga bukti masih ramai anggota masyarakat yang prihatin dan peka untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik,” katanya.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Berang, Dr. Mamad Puteh.

Menurut Maliaman, inisiatif ini adalah sebahagian daripada sumbangan yang diberikan adalah hasil kerjasama dan sokongan daripada NGO Pewanis dan NGO Warga Cakna serta Nisa’ Terengganu yang sentiasa komited dalam membantu masyarakat yang memerlukan.

“Ramai ibu bapa mengeluh tentang perbelanjaan yang meningkat apabila sesi persekolahan yang akan bermula tidak lama lagi.

“Oleh itu, kita berusaha sedaya mungkin untuk membantu mereka yang memerlukan,” tambahnya.

Tambah Maliaman, sekiranya masih ada pelajar dan ibu bapa yang belum mendaftar dan memerlukan bantuan, mereka boleh hadir ke Pusat Khidmat Masyarakat untuk memohon sumbangan.

“Kami akan cuba membantu sebaik mungkin,” katanya.

Program ini mendapat sambutan positif daripada ibu bapa yang hadir, dengan ramai yang menyatakan rasa syukur dan berterima kasih atas bantuan yang diberikan menjelang sesi persekolahan yang bakal tiba.