“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
Ampang | Umat Islam dianjurkan untuk saling tolong menolong dan memudahkan urusan orang lain tidak kira kaya atau miskin yang memohon bantuan. Dengan demikian, Allah akan melepaskan dirinya dari satu kesusahan pada hari kiamat kelak, serta akan memudahkannya di dunia dan akhirat.
Penduduk Taman TAR Ampang meminta bantuan Jabatan Amal Kawasan Ampang memotong pokok besar yang mengganggu laluan. Ketua Pemuda PAS Ampang Ustaz Azwan Zainudin turut turun membantu kerja-kerja pembersihan. Menurut beliau kehadiran beliau bersama anggota Jabatan Amal adalah suatu rutin apabila masyarakat memerlukan pertolongan.
Dari Abu Hurairah ra, Nabi SAW, bersabda: “Barang siapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan pada hari kiamat. Barang siapa yang menjadikan mudah urusan orang lain, pasti Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Barang siapa yang menutupi aib seorang muslim, pasti Allah akan menutupi aibnya di dunia dan di akhirat. Allah senantiasa menolong hamba Nya selama hamba Nya itu suka menolong saudaranya”. (HR Muslim, lihat juga Kumpulan Hadits Arba’in An Nawawi hadits ke 36).
Jabatan Amal sentiasa bersedia menghulurkan bantuan tenaga dan sebagainya. Kami akan cuba yang terbaik untuk membantu inshaAllah.
“Sebaik-baik manusia ialah manusia yang bermanfaat kepada manusia yang lain”
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor