Bantuan Persiapan Ramadhan Merentasi Sempadan Bangsa
Oleh NURUL NADIYAH
*TITIWANGSA*, 13 April -Lajnah Kebajikan & Kemasyarakatan (LKK) PAS Kawasan Titiwangsa meneruskan usaha menyampaikan sumbangan persiapan Ramadan kepada 17 buah keluarga lagi, yang terdiri dari warga tempatan, Indonesia, Rohingya di Zon Keramat dan Zon Pandan hari ini pagi tadi.
Sumbangan disampaikan oleh Cikgu Yusoop, Pengerusi LKK, untuk Zon Keramat. Manakala, En Hedzer Ibrahim, Pengarah Jabatan Pilihanraya (JPRP), mengetuai edaran sumbangan di Zon Pandan dengan dibantu oleh AJK dan ahli PAS.
Para penerima sumbangan juga terdiri daripada ibu tinggal, balu, OKU (cacat penglihatan), Armalah, warga emas dan anak yatim.
Barang-barang keperluan dapur dan pampers dikumpulkan di PASTI Hidayah, Datuk Keramat sebagai pusat pengagihan barangan.
Namun, stok barangan semakin kurang tetapi penerima semakin ramai yang memerlukan barangan keperluan terutamanya untuk persiapan Ramadan yang akan bakal tiba.
PAS Kawasan Titiwangsa merayu kepada warga Malaysia yang prihatin untuk turut menyumbang kerana pembelian barang-barang keperluan dapur masih diteruskan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan (PKPD).
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun,
*Maybank : 5640-9850-4101*
(PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN TITIWANGSA)
serta hubungi AJK kami untuk maklumat lanjut :
1) Cikgu Yusoop (011-13373066)
2) En. Hedzer (019-2708639)
Kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. Jariah anda kami sampaikan kepada mer