Home Berita PAS Wilayah

Bantuan PAS Batu pastikan tiada yang tercicir

27
SHARE

Oleh: Ramizah Rahmad 21 Ogos 2021
BATU : ‘Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’ begitulah peribahasa yang tepat untuk menggambarkan PAS Batu yang sentiasa memahami denyut nadi kesusahan rakyat di fasa pandemik ini.

Skuad yang mewakili PAS Batu menerusi Sumbangan Tabung Bantuan Covid (STBC) terus sampai kepada masyarakat untuk memastikan tiada yang tercicir dari menerima bantuan.

Semalam telah berlangsung serahan sumbangan di perkarangan Dewan Persatuan Penduduk Sri Pangkor.

Penduduk telah dimaklumkan lebih awal untuk turun mengambil barang sumbangan dan proses tersebut hanya mengambil masa yang sangat singkat.

Seramai 15 orang penerima bagi serahan setempat dan bantuan kepada seorang penerima, Bibi Arifa Aziz yang baru sahaja kehilangan suami terus dihantar ke rumahnya di Madrasah Salaiyah.
Hadir menyampaikan sumbangan ini adalah, Timbalan Pengerusi Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Batu, Shukhiri Kamis, AJK PAS Kawasan Batu, Zurina Din dan Timbalan Ketua Zon 2 PAS Batu, Harif Mahmud.

Orang ramai diseru untuk menghubungi Hotline Bantuan Covid-19 PAS Batu di 01118705115 / https://HotlineTBCPASBatu.wasap.my sekiranya mempunyai maklumat berkaitan individu atau keluarga di sekitar Parlimen Batu yang terkesan akibat pandemik ini agar lebih ramai golongan sasaran dapat dibantu.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh salurkan sumbangan anda melalui ;

1. Nombor akaun PAS Kawasan Batu Bank Islam Berhad : 12113010000551
(Rujukan ; Tabung Bencana Covid)

2. Secara atas talian @ https://amilin.pas.org.my/pasbatu/tabungbantuancovid19
Info lanjut & makluman sumbangan, hubungi

Ahmad Bahar (Bendahari PAS Batu)
http://www.wasap.my/60192865229 / http://www.wasap.my/60193344255

Like | Follow | Share :
https://linktr.ee/paskawasanbatu