Home Berita PAS Perak

Bantuan One-Off RM150 Kepada Mahasiswa Anak Perak Diluluskan | Info Negeri Perak

2296
SHARE
IPOH, 7 Oktober 2020 – Kerajaan Negeri Perak hari ini meluluskan peruntukkan lebih RM200 ribu bagi meringankan beban para pelajar yang terkesan berikutan kesulitan yang sedang dilalui akibat penangguhan pendaftaran bersemuka bagi semester Oktober 2020.
Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, bantuan tunai sara hidup secara sekali bayaran sebanyak RM150 kepada pelajar akan memberi manfaat kepada 1,500 mahasiswa anak Perak dalam kalangan keluarga B40.
“Berdasarkan data yang diterima melalui Talian Hotline yang telah diaktifkan sejak 3 Oktober lalu, lebih 1,200 pelajar telah mendaftar dalam tempoh 48 jam, daripada maklum balas yang diterima, antara keperluan utama adalah Bantuan Kewangan, Bantuan Data Mudah Alih dan Bantuan Makanan kepada pelajar yang tinggal di kampus,’ jelasnya.
Dalam pada itu menurutnya, kerajaan negeri juga bersedia menyediakan perkhidmatan pengangkutan jika terdapat permintaan daripada kumpulan mahasiswa yang terkandas di kampus melebihi 10 orang dengan menghubungi terus hotline Mahasiswa Perak.
“Kerajaan Negeri amat menghargai ibu bapa serta waris yang memahami kekangan yang sedang kita semua hadapi, walaupun sudah bertungkus –lumus mempersiapkan segala keperluan dan kewangan bagi kemasukan mahasiswa Anak Perak.
Tambah beliau, kerajaan negeri juga turut mengalu-alukan pihak Agensi Kerajaan Negeri, Syarikat Korporat mahupun individu untuk bersama-sama membantu meringankan beban mahasiswa yang terjejas.
Sumber: Komunikasi Strategik Perak [Stratcom]

Sumber Berkaitan :

??????? ???-??? ????? ????????? ????? ???????? ??????? ??????
https://www.facebook.com/ybrazmanzakaria/posts/183442526676020