Home Berita PAS Selangor

Banjir Di Pulau Pinang : Bantuan Mangsa Banjir Dari JAMK Ampang

1024
SHARE

9 November 2017 – Jabatan Amal Malaysia Kawasan Ampang telah membuka pusat pengumpulan barang-barang sumbangan untuk mangsa banjir di Pulau Pinang. Ramai yang datang memberikan sumbangan termasuk Berkath Madinah dan Suria Wholesaler. Rombongan pertama JAMK Ampang ke Pulau Pinang telah tiba semalam di Markas Tarbiah PAS Pulau Pinang. Rombangan diketuai oleh Timbalan Komanden Leftenan Muda (A), Tuan Fathullah Azam. Kepada orang ramai yang ingin membuat sumbangan berupa barang-barang keperluan boleh terus ke lokasi pengumpulan dihadapan Masjid Bukit Indah, Ampang.