BANTUAN KERAJAAN NEGERI PERAK FASA 5.0
Inisiatif Tambahan Pakej Ransangan Ekonomi (PRE) Perak Sejahtera 2021
Memperluas PRE PERAK kepada lebih ramai golongan yang terjejas.
1. Moratorium bayaran balik pinjaman mikro kredit usahawan selama 1 bulan (Jun 2021) di bawah Yayasan Bina Upaya (YBU) dan Yayasan yang akan memberi manfaat kepada 743 usahawan serta melibatkan tunggakan bayaran sebanyak RM244,450.60
2. Moratorium pinjaman Skim Rumah Insan Amanjaya (SRIA) diperluaskan kepada semua peminjam,memberi manfaat kepada 769 peminjam.
3. Pelaksanaan inisiatif Go Cashless n E-Commerce Usahawan Perak 2021 (GLeMMER 2021) bagi menggalakan pengunaan tranksaksi tanpa tunai oleh penjaja,peniaga dan usahawan.
-Kerajaan negeri akan memberi baucar subsidi bagi pembelian dan penghantaran bernilai RM2.00 hingga RM 5.00 kepada 80,000 penjaja,peniaga dan usahawan dengan kerjasama 9 platform atas talian iaitu Shoppee, Lazada, Grab, Foodpanda, Warongku, Halo Je, J&T,Touch n Go dan Boost.
4. Pemberian one-off kepada pengusaha hotel bajet yang berdaftar di bawah Persatuan Hotel Bajet Malaysia Negeri Perak (MyBHA Perak) serta pengusaha hotel dan resort Pangkor.
Langkah-langkah tambahan ini meningkatkan jumlah keseluruhan PRE Perak Sejahtera kepada RM 25.7 juta (sebelum ini RM 19.5 juta) melibatkan 44 inisiatif kepada segenap lapisan rakyat negeri Perak.
Sumber : Komunikasi Strategik Perak – Stratcom