Home Berita PAS Perak

Bantuan Kerajaan Negeri Perak Fasa 4.0 | INFO PERAK

218
SHARE
BANTUAN KERAJAAN NEGERI PERAK FASA 4.0
LIMA INISIATIF KERAJAAN NEGERI PERAK bagi mencapai “herd imunity” di kalangan rakyat Perak.
Diumumkan pada 4 Jun 2021
Fokus utama 5 inisiatif ini;-
1. Meningkatkan tahap kesiasiagaan bagi menghadapi kemungkinan situasi terburuk berikutan pola peningkatan kes positif COVID-19 sama ada di peringkat nasional dan negeri
2. Meningkatkan pemberian vaksin kepada rakyat bagi mencapai imuniti kelompok dengan kadar segera.
3. Penetapan sasaran 15,000 suntikan harian pada Jun 2021 berbanding purata 8,000 suntikan harian pada bulan Mei lalu bagi menyelesaikan fasa kedua program imunisasi dengan segera untuk membolehkan fasa ketiga dimulakan.
4. Sasaran ini dijangka meningkat menjelang Julai, Ogos dan September berdasarkan penerimaan lebih banyak bekalan vaksin termasuk 12 juta vaksin Sinovac pada Julai dan 25 juta vaksin Pfizer menjelang suku ketiga tahun ini.
LIMA INISIATIF
I. Program Saringan Covid-19 (RTK Antigen)
Melaksanakan program saringan RTK Antigen secara bersasar mengikut lokaliti ‘hotspot’ penularan COVID-19 berdasarkan analisis data oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) yang akan dilaksanakan segera pada bulan ini.
Fokus inisiatif:-
-membantu mengenalpasti mereka yang positif tetapi tidak bergejala tetapi berisiko menularkan jangkitan
-membantu JKN mengesan jangkitan lebih awal dan memulakan rawatan.
II. Inisiatif Vaksinasi Pandu Lalu
Mengenal pasti dua lokasi bagi inisiatif Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) Pandu Lalu iaitu di Bandar Ipoh dan di Meru,dimulakan di Daerah Kinta memandangkan daerah tersebut mempunyai bilangan penduduk tertinggi di Perak.(akan dilaksanakan di daerah lain secara berperingkat)
Fokus inisiatif :-
-meningkatkan anggaran suntikan vaksinasi harian antara 800 hingga 1500 sehari
-mengurangkan kesesakan di PPV sedia ada.
III. Program Outreach Vaksinasi Covid 19
a) Mengenalpasti beberapa kumpulan penerima vaksin yang memerlukan perkhidmatan capaian khas bagi mengelakkan keciciran. (sehingga 1 Jun 2021, seramai 2,270 penerima telah divaksin melalui inisiatif)
b) Kumpulan vaksinasi bergerak (mobile team) telah memulakan vaksinasi di rumah-rumah jagaan warga emas atau rumah-rumah jagaan khas dan akan memulakan urusan vaksinasi dari rumah ke rumah bagi warga emas/ orang kurang upaya yang berkeperluan khas.(mobile team ini juga akan memasuki kawasan pedalaman dengan dibantu agensi tempatan.
IV. Penyediaan Pengangkutan Kepada Penerima Vaksin
Menyediakan lebih 80 buah kenderaan pelbagai jenis yang dijangka mampu membawa 1,000 orang ke PPV
Fokus inisiatif:-
Memudahkan dan meringankan kesukaran yang dihadapi oleh orang awam terutamanya golongan yang mempunyai kesukaran pengangkutan serta orang kelainan upaya (OKU).
V. Pembelian Vaksin Oleh Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri (GLC)
Kerajaan Persekutuan telah membenarkan Pharmaniaga untuk membekalkan tujuh juta dos vaksin Sinovac kepada syarikat swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan kerajaan negeri.
Kerajaan negeri akan membeli terus bekalan vaksin daripada Pharmaniaga dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) melalui anak syarikatnya Maju Perak.
Fokus inisiatif :-
mana-mana pihak secara individu atau syarikat
boleh mendapatkan vaksin secara berbayar untuk diberikan kepada pekerja.
“Jumlah individu yang berdaftar di Perak sebagai penerima vaksin COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera kini berjumlah 889,680 orang iaitu hanya 46% peratus daripada jumlah 1.86 juta penduduk berusia 18 tahun ke atas.
Sumber : Komunikasi Strategik Perak – Stratcom