Home Berita PAS Perak

Bantuan Kerajaan Negeri Perak Fasa 2.0 | INFO PERAK

140
SHARE
BANTUAN KERAJAAN NEGERI PERAK FASA 2.0
Inisiatif kerajaan negeri dengan peruntukan sebanyak RM2.38 juta yang diumumkan oleh YAB Menteri Besar khusus bagi membantu rakyat dari golongan miskin dan B-40 yang terkesan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dibahagikan dan diperincikan seperti berikut;
Peruntukan RM1.2 juta akan disalurkan kepada empat Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) yang terlibat dalam pelaksanaan PKPD, merangkumi masing-masing RM400,000 untuk PDT Kinta dan PDT Larut Matang & Selama manakala RM200,000 untuk PDT Hulu Perak dan PDT Muallim.
Sejumlah RM1.18 juta pula melibatkan peruntukan sebanyak RM20,000 diberikan kepada kesemua 59 pejabat pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak bagi memudahkan setiap wakil rakyat negeri ini menjalankan pengurusan menangani COVID-19 di kawasan masing-masing.
Bagi peruntukan kepada PDT di lokasi PKPD, Menteri Besar bersetuju agar keutamaan diberi bagi penyaluran bantuan kotak makanan kepada golongan miskin dan B-40 yang terkesan terutamanya mereka yang terputus mata pencarian atau terjejas pendapatan ekoran pelaksanaan SOP sepanjang PKPD.
Nilai barangan bagi setiap kotak makanan, senarai penerima, kaedah penyaluran adalah terpulang kepada kesesuaian dan budi bicara PDT di daerah yang berkenaan.
Sekiranya terdapat lebihan peruntukan, PDT terbabit boleh menggunakan peruntukan tersebut bagi keperluan lain berkaitan pengurusan COVID-19 termasuk membeli ubat-ubatan.
Sumber : Komunikasi Strategik Perak – Stratcom