Home Berita PAS Selangor

Bantuan kecemasan Covid-19 fasa ke-2 telah bermula – PAS Kawasan Selayang

110
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Selayang

Oleh : Umar Al-Hayawi

Selayang | Di saat ramai diantara kira yang menghadapi masalah pendapatan dan kekangan bekalan makanan dirumah akibat pandemik Covid-19 ini, PAS Kawasan Selayang di bawah Khidmat Malaysia Selayang telah mengagihkan pek-pek sumbangan kepada mereka yang terjejas akibat Covid-19.

Menurut PAS Kawasan Selayang, seramai lebih 100 orang pemohon setakat untuk fasa pertama. InshaAllah bantuan Covid-19 ini akan diteruskan untuk fasa yang ke-2. Sepanjang PKP 3.0 fasa 1, pihak PAS Selayang telah memberikan bantuan kepada lebih seratus orang penerima.

Justeru, dengan penyambungan PKP 3.0 yang berkuatkuasa sehingga 28 Jun 2021, maka PAS Kawasan Selayang sekali lagi telah mengaktifkan Hotline bantuan kecemasan Covid-19 fasa ke-2. “Permohonan bantuan fasa ke-2 akan bermula sehingga tarikh 21 JUN 2021 (Isnin)”, terang PAS Selayang lagi.

Untuk yang ingin memohon bantuan boleh mengisi link dibawah ini mengikut DUN yang anda tinggal :

Powered by : Sekretariat Khidmat Malaysia Selayang