Bantuan Kebajikan PAS Disalurkan Melalui Ziarah
PADANG RENGAS: Biarpun dalam keadaan lapar dan dahaga ketika Ramadan tidak menjadi halangan bahkan ianya menjadi satu pengajaran kepada pimpinan PAS agar turut sama merasai kepayahan rakyat marhaen di peringkat akar umbi.
PAS Kawasan Padang Rengas bersama PAS Cawangan Cheh telah mengadakan program ziarah dan penyampaian bantuan beras, minyak dan barang keperluan dapur kepada golongan kurang mampu.
Bantuan kepada 10 buah keluarga tersebut disampaikan Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Padang Rengas, Dr Mohamad Azalan Radzi dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Padang Rengas, Ustaz Farid Faizi Azizan.
Menurut Dr Mohamad Azalan, senyum tawa penerima menjadi penyembuh hati buat pimpinan dan beliau berharap semoga bantuan tersebut meringankan beban para penerima dan menceriakan Syawal yang bakal menjelang tiba.
Sementara itu, Lajnah Dakwah telah mengadakan program agihan bubur lambuk dan risalah Ramadan kepada para pengunjung Bazar Ramadan Pekan Kati.
Agihan tersebut turut disertai Dr Mohamad Azalan Radzi, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan dan Ustaz Farid Faizi Azizan, Timbalan Ketua Pemuda PAS Kawasan Padang Rengas merangkap ketua Lajnah Dakwah Kawasan.
Rata-rata pengunjung yang ditemui gembira dan selesa dengan pendekatan PAS yang semakin matang.
{jathumbnail off}