Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Tanjong Karang
Oleh : Umar Al-Hayawi
TANJONG KARANG, 8 September – Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan di bawah PAS Cawangan Permatang bersama Masjid Rahmani meluangkan sedikit masa menyantuni dan menyampaikan sedikit bantuan kepada penduduk yang terkesan dan juga para penduduk yang berada dikuarantin akibat COVID-19.
“Semoga sedikit bantuan yang dihulurkan dapat memberi manfaat kepada keluarga para penerima dan juga semoga bantuan tersebut dapat meringankan sedikit beban yang dihadapi mereka dalam meneruskan lagi kehidupan semasa pandemik COVID-19 ini”.
“Sekiranya ada diantara jiran-jiran kita yang terputus bekalan makanan atau yang dalam kesusahan kerana dilanda bencana boleh maklumkan kepada Pusat Khidmat PAS Tanjong Karang”.
Marilah kita terus menghulurkan sumbangan kepada tabung bakul makanan PUSAT KHIDMAT PAS Kawasan Tanjong Karang supaya dapat kita sama-sama meringankan beban mereka yang memerlukan.
Bagi yang ingin menyumbang boleh disalurkan ke :-
Bank : BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
No. akaun : 12083010021604
Akuan : PAS CAWANGAN TANJONG KARANG
Mana-mana individu yang terputus bekalan makanan boleh hubungi Pusat Khidmat PAS Tanjong Karang : 0124867303
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor