Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Kota Raja
Oleh : Umar Al-Hayawi
SHAH ALAM, 8 Ogos – Genap 8 hari KRCAMALSELANGOR berulang alik ke PPV Hospital Shah Alam, menghantar sumbangan berbentuk pek juadah seharian buat para petugas disana.
Daripada Adi bin Hatim mengatakan,
Nabi SAW bersabda; “Jagalah diri kalian dari api neraka sekalipun hanya dengan sebiji kurma.” Kemudian beliau berpaling dan menyingkir, kemudian beliau bersabda lagi: “jagalah diri kalian dari neraka”, kemudian beliau berpaling dan menyingkir (tiga kali) hingga kami beranggapan bahwa beliau melihat neraka itu sendiri, selanjutnya beliau bersabda: “Jagalah diri kalian dari neraka sekalipun hanya dengan sebiji kurma, kalaulah tidak bisa, lakukanlah dengan ucapan yang baik.” (HR. Bukhari) [No. 6539 Fathul Bari]
Salah seorang wakil KRCAMALSELANGOR menyatakan bak berkata-kata,”Hospital dahulunya destinasi yang kita datang jika ada keperluan untuk rawatan penyakit. Ramai yang ada pengalaman tersendiri apatah lagi jika terpaksa berada di wad”.
“Hari ini hospital menjadi lokasi yang kritikal. Tidak semua boleh datang ke hospital untuk rawatan kerana hospital semakin penuh dengan pesakit terutama di era pandemik COVID-19 ini”.
Ahli Lembaga Pelawat Hospital Shah Alam Mohd Yusof Abdullah juga merupakan Pengerusi Kota Raja Club (KRC), menyatakan bahawa walaupun sebagi seorang sukarelawan atau sebagai Ahli Lembaga Pelawat HSA, tidak wajib pun untuk kerap datang ke sini. Namun, para frontliners kesihatan kini adalah kumpulan yang sangat terkesan dan dibebani dengan tugasan yang berat dan luar daripada kebiasaan.
“Jesteru jika bukan kita yang datang memberi sokongan pastinya mereka akan menjadi kumpulan yang terpisah daripada norma kehidupan masyarakat luar”. “Anggaplah mereka seperti keluarga kita walaupun tiada pertalian darah”, sambung beliau.
Semoga semangat para penyumbang tidak sedikit pun tergugat untuk terus membantu selari dengan semangat KRCAMALSELANGOR untuk membantu para frontliners negara dan juga membantu kerajaan mencapai imuniti kelompok melalui Program munisasi Kebangsaan yang masih berterusan dijalankan.
Jom bantu pihakKRCAMALSELANGOR melalui program ini. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi : 011 5309 2056
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor