Home Berita PAS Wilayah

Bantuan Barangan Keperluan Asas Tanda Prihatin

2608
SHARE

Bandar Tun Razak, Selasa: PAS Bandar Tun Razak melalui Lajnah Kebajikan Dan Kemasyarakatan PAS Bandar Tun Razak telah menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas secara ‘one off’ kepada golongan yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan.

Seramai sepuluh penerima kumpulan pertama terdiri daripada penduduk di PPR Sri Kota, PPR Mulia dan PPR Desa Tun Razak telah menerima barangan sumbangan yang disampaikan oleh Ketua LKKPBTR, En Khairul Jefferi.

Senarai penerima diterima daripada aduan yang dibuat melalui Pusat Aduan Rakyat PAS BTR. Hampir tiga puluh aduan telah diterima setakat ini. Walaubagaimanapun, pihak LKKPBTR terpaksa menyampaikan secara berperingkat di atas faktor menjaga keselamatan AJK dan juga sumber kewangan yang terhad.

Justeru itu, PAS BTR sekali lagi merayu bantuan berbentuk kewangan daripada para dermawan untuk bersama-sama membantu meringankan bebanan golongan yang terjejas ini.