Home Berita PAS Selangor

Bantuan barangan keperluan asas PKP 3.0 – YDP PAS Kawasan Bangi

484
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Bangi

Oleh : Umar Al-Hayawi

Bangi | YDP PAS Kawasan Bangi Ustaz Shafie Ngah menyatakan bahawa PAS Bangi, melalui cawangan-cawangannya di seluruh kawasan Parlimen Bangi sudah mula berdikit-dikit melaksanakan inisiatif membantu golongan terkesan dengan PKP 3.0.
Foto-foto yang disiarkan ini adalah di cawangan Bandar Teknologi Kajang (BTK). Cawangan ini menyediakan barangan keperluan asas seperti beras, telur ayam dan sardin kepada PAS Bangi untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan.

Bagi masyarakat setempat yang memerlukan bantuan barangan tersebut, mereka telah dipersilakan untuk hadir ke Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Bandar Teknologi Kajang, dengan mematuhi SOP sepenuhnya.
Semoga dengan usaha yang sekecil-kecil ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang betul-betul memerlukan dan InshaAllah semoga bantuan PAS Kawasan Bangi ini dapat diperluaskan untuk membantu lebih ramai rakyat di seluruh kawasan Bangi.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor