Home Berita PAS Selangor

Bantuan “Bakul Prihatin” negara – DMPK Sungai Besar

92
SHARE

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Ahmad Fansuri

SUNGAI BESAR, 4 September – Ketua Muslimat PAS, Ustazah Meseripah binti Sirat telah mengagihkan Bantuan Bakul Prihatin Negara kepada 3 buah keluarga yang memerlukan di sekitar Sungai Besar.

Sumbangan yang diberikan ini adalah sumbangan yang telah diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk diagihkan kepada mereka yang telah memohon dan berkelayakan. Serahan ini telah dilakukan secara berkala oleh sukarelawan JKM.

“Menjadi tanggungjawab kami untuk cakna dan prihatin terhadap mereka yang memerlukan. Kami sedaya upaya akan membantu mereka disaat susah ini.”

Dikala pandemik yang tidak tahu bila kesudahannya, kecaknaan dan keprihatinan semua pihak sangat ditagih demi menjaga kebajikan kita bersama.

Salurkan maklumat mereka yang memerlukan kepada pihak berwajib untuk diambil tindakan. Kebersamaan kita, boleh meringankan beban yang menderita.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor