Home Kenyataan Media PAS Selangor

Bantahan penggunaan nama ‘Timah’ pada jenama arak – YDP PAS Kawasan Sungai Buloh

33
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Buloh

Oleh : Ust Zaharuddin Mohamad

YDP PAS Kawasan Sungai Buloh

KENYATAAN MEDIA

PAS KAWASAN SUNGAI BULOH

BANTAHAN PENGGUNAAN NAMA ‘TIMAH’ PADA JENAMA DI BOTOL ARAK

Bismillahirrahmanirrahim, PAS Kawasan Sungai Buloh mengutuk sekeras-kerasnya penggunaan nama ‘Timah’ pada Jenama Arak yang telah diluluskan pada tahun 2019 dan dikomersialkan dipasaran baru-baru ini.

Tidak sekadar bantahan keatas nama ‘Timah’ sahaja yang secara halusinasinya menyentuh sensitiviti umat Islam dan Melayu di dalam negara, arak itu sendiri bersifat HARAM di sisi Islam. Bagi PAS Kawasan, penggunaan nama dan logo ini amat mengelirukan dan amat tidak sesuai untuk dilabelkan kerana ianya bertentangan dengan norma masyarakat Islam dan Melayu khususnya.

Sepatutnya, pihak berauthoriti lebih peka dan sensitif pada masyarakat yang didominasi oleh umat Islam dan Melayu yang sinonim dengan pengharaman Arak. Tambahan pula, kita dapati Arak itu sendiri merosakkan akal dan menyebabkan banyak kerosakan seperti kemalangan, menyebabkan kecedaran dan lain-lain lagi.

Tidak cukup dengan nama ‘TIMAH’ yang masih hangat diperkatakan, timbul pula jenama ‘OMAR’ dipasaran. Apakah maksud disebalik penggunaan nama-nama yang sinonim dengan orang islam dipilih?

Justeru, PAS Kawasan Sungai Buloh dengan tegas menuntut supaya KPDNHEP menarik balik kelulusan arak tersebut dengan serta merta.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor