Home Berita PAS Terengganu

Banjir Terengganu Kian Pulih, 1,206 Mangsa Masih Di PPS

3
SHARE

KUALA TERENGGANU – Situasi banjir di Terengganu menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah mangsa menurun kepada 1,206 orang daripada 399 keluarga yang masih berlindung di 16 pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu (JPBNT) berkata, Marang kekal menjadi daerah paling terjejas dengan 408 mangsa daripada 114 keluarga yang ditempatkan di lima PPS.

“Selain itu, seramai 360 mangsa daripada 156 keluarga berada di empat PPS di Kuala Terengganu,” katanya hari ini.

Beliau berkata, Kuala Nerus turut menempatkan 322 mangsa daripada 96 keluarga di empat PPS, manakala Dungun masih merekodkan 75 mangsa daripada 23 keluarga di dua PPS.

“Di Kemaman, hanya satu PPS iaitu Balai Raya Padang Kemunting masih beroperasi dengan 41 mangsa daripada 10 keluarga,” katanya.