Home Berita PAS Terengganu

Banjir Selangor, dimanakah kesudahannya?

48
SHARE

Beberapa hari rakyat Negeri Selangor dibeberapa daerah terlibat dengan bencana banjir. Ramai mangsa yang terlibat. Antara lokasi yang terlibat adalah seperti Sungai Buloh, Paya Jaras, Ijok, Selayang, Gombak, Shah Alam, dan Jalan Kebun.

Ini bukan kali pertama, banjir ni dah jadi acara tahunan di Negeri Selangor. Rakyat Selangor sudah mula jemu dengan kegagalan Kerajaan Negeri.

Untuk makluman, Negeri Selangor adalah antara penerima peruntukan tebatan banjir yang tertinggi. Pada tahun 2022, Perdana Menteri ketika itu Dato Seri Ismail Sabri telah mengumumkan RM6.3 billion bagi projek tebatan banjir. Pada 2023 pula, Dato Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan RM1.1 billion untuk projek tebatan banjir untuk Negeri Selangor.

Hasilnya apa? Negeri Selangor terus dilanda banjir.

Sebagai sebuah negeri yang paling maju dalam negara, yang menyumbang hasil tertinggi kepada KDNK negara dan mempunyai pendapatan negeri yang tinggi, ianya sesuatu yang memalukan sekiranya masalah banjir terus membelenggu Negeri Selangor.

Dari aspek pelaburan pula, tidak mustahil Negeri Selangor sudah tidak digemari oleh pelabur kerana isu banjir yang sering melanda. Ini dapat dilihat apabila pada 2022 Negeri Selangor berada ditangga kedua dalam menerima pelaburan asing sektor pembuatan yang kemudiannya jatuh ketangga ketiga pada 2023. Bagi tahun 2024 suku pertama, Selangor gagal menempatkan diri dalam lima tempat tertinggi.

Persoalan yang ditimbulkan oleh rakyat kini, berapa billion lagi yang diperlukan oleh Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah banjir di Negeri Selangor?

Adakah dengan peruntukan tambahan berbillion ringgit lagi boleh menyelesaikan masalah banjir Selangor? Atau sebenarnya Kerajaan Negeri Selangor ketika ini sebenarnya berhadapan dengan krisis kompetensi? Menteri Besar dan Exco yang ada tidak mampu menyelesaikan masalah banjir.

Mungkin juga PMX perlu fokuskan kepada Negeri Selangor yang dilihat gagal mengurus bencana banjir.

Daripada fokus kepada Negeri Kedah dan Menteri Besar Kedah yang mampu menguruskan negeri dengan baik.

Jangan jadi seperti peribahasa “Kuman di seberang laut nampak, gajah di pelupuk mata tidak nampak”.

Salam Hormat,
Mohamed Sukri Omar
Ketua Pemuda PAS Selangor