Home Artikel PAS Perlis

Banjir : PAS Perlis tidak terkecuali bantu Pulau Pinang

288
SHARE

Oleh: NOOR SARA MASHITOH

KEPALA BATAS: Menyahut seruan dari Naib Presiden PAS yang juga Ketua Pengarah Khidmat Malaysia, Dato’ Iskandar Abdul Samad, PAS Perlis juga turun memberi bantuan kepada mangsa banjir di Pulau Pinang.

Pesuruhjaya PAS Negeri Perlis, Mohd Shukri Ramli bersama petugas PAS Perlis telah turun ke Bilik Gerakan Induk Operasi Banjir, Markas PAS Pongsu Seribu kelmarin.

Pengarah Khidmat Malaysia Cawangan Perlis, Azahari Osman turut hadir bersama rombongan dengan membawa bekalan makanan dan barangan keperluan harian.

Mohd Shukri yang dihubungi merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Pulau Pinang di atas bencana banjir yang melanda.

Beliau berkata, bencana kemanusiaan merupakan satu musibah yang boleh menimpa di mana dan kepada sesiapa sahaja.

Beliau menasihatkan supaya seluruh jentera PAS dapat mengenepikan segala sentimen dan memberi tumpuan untuk membantu mangsa banjir.

PAS Perlis khasnya telah mengerahkan seluruh jentera parti yang terdiri dari Khidmat Malaysia dan petugas Jabatan Amal untuk turun ke tempat kejadian atau pun memberi bantuan dari sudut kewangan. – HARAKAHDAILY 9/11/2017