Home Berita PAS Terengganu

Banjir Mengejut, Tahun Ini Disifatkan Paling Teruk

1
SHARE

MARANG – Banjir mengejut yang melanda baru-baru ini disifatkan paling teruk oleh penduduk Perumahan Awam Kos Rendah Bukit Payong, selepas air naik dengan begitu cepat dan mengakibatkan kerosakan besar kepada harta benda.

Seorang penduduk, Muhammad Nuqman Aqim Shamsudin, 27 tahun, berkata banjir kali ini adalah yang paling dahsyat pernah dialaminya.

Menurutnya, dia bersama empat ahli keluarga dikejutkan dengan kenaikan air secara mendadak pada awal pagi.

“Banjir bermula kira-kira pukul 2 pagi, dan dalam masa dua jam sahaja, air sudah masuk ke dalam rumah. Kami tak sempat nak selamatkan banyak barang.

“Banyak perabot, barang elektrik dan perkakasan rumah rosak. Anggaran kerugian kami lebih kurang RM5,000,” katanya ketika ketika dihubungi pemberita pada hari ini.

Nuqman berkata mereka sekeluarga terpaksa berpindah ke PPS SK Bukit Payong dan berada di sana selama dua hari.

“Namun, apabila sekolah itu turut dinaiki air, mereka dipindahkan pula ke PPS SK Wakaf Tapai selama tiga hari.

“Kejadian banjir mengejut ini memberi kesan besar kepada kami dan berharap bantuan dapat disalurkan segera kepada semua mangsa yang terjejas,” ujarnya.