Home Berita PAS Terengganu

Banjir : Mangsa di Terengganu kembali meningkat

67
SHARE

KUALA TERENGGANU – Jumlah mangsa banjir di negeri ini kembali meningkat apabila 593 orang direkodkan pada jam 8 malam ini berbanding 546 orang pada 4 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata jumlah itu melibatkan 151 keluarga yang ditempatkan di 10 Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Menurutnya, lima daerah yang masih terjejas adalah Kuala Terengganu, Setiu, Kemaman, Kuala Nerus dan Dungun.

“Kemaman merekodkan jumlah mangsa paling tinggi iaitu seramai 282 orang daripada 70 keluarga.

“Manakala di Kuala Nerus pula mencatatkan seramai 220 orang daripada 54 buah keluarga,” menurutnya dalam satu kenyataan media pada hari ini.

Jelasnya lagi, daerah Dungun dan Setiu masing-masing merekodkan seramai 39 dan 4 mangsa daripada 10 dan satu keluarga.

Sementara itu, daerah Kuala Terengganu pula mencatatkan jumlah seramai 48 mangsa daripada 16 keluarga.

“Orang ramai juga diingatkan agar sentiasa berhati-hati dan tidak bermain di kawasan banjir selain terus mematuhi prosedur operasi standard ditetapkan,” katanya.