Home Berita PAS Terengganu

Banjir di Terengganu pulih, semua PPS ditutup

70
SHARE

KUALA TERENGGANU – Semua pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka bagi menempatkan mangsa banjir di Terengganu ditutup sepenuhnya hari ini.

Tiga PPS di daerah Hulu Terengganu iaitu Sekolah Kebangsaan Menerong di Kampung Gunung, Dewan Institut Felcra Betong dan Felcra Gunung Menerong menjadi PPS terakhir yang ditutup secara rasminya pada pukul 1 petang tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, walau bagaimanapun semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah masih dalam tahap kesiapsiagaan menghadapi sebarang kemungkinan.

“Keadaan cuaca semasa ketika ini hujan di satu dua tempat,” ujarnya.

Menurutnya, bencana banjir gelombang kelima di Terengganu melanda semua daerah di negeri ini dengan Kemaman paling teruk terjejas.