Home Rencana PAS Selangor

Banjir di Selangor, takdir Allah atau salah tadbir manusia? – DPPK Kuala Langat

331
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Jabatan Penerangan
Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Langat

Kebimbangan yang bermain di fikiran rakyat Shah Alam akhirnya terjadi apabila hujan lebat turun dan menyebabkan banjir kilat. Bila dilantik wakil rakyat, tidak pernah suarakan masalah ini dalam Dewan Parlimen, perlu kaji punca, sebab, dan cara memulihkan kawasan yang terjejas.

Perkara ini bukan baru terjadi, ianya sudah berulang kali bahkan kali ini mengorbankan nyawa kanak-kanak yang ditemui lemas. DPPKL akan bersama Jabatan Amal Negeri Selangor untuk turun membantu misi banjir di Shah Alam dan juga di Sepang.

Kebimbangan ini juga sangat dekat dengan Kuala Langat apabila ada ura-ura mengatakan Hutan Simpan Kuala Langat Utara juga bakal menerima nasib yang sama seperti kawasan Bukit Cherakah.

Apakah wakil rakyat Shah Alam dan juga Sepang akan membayar penderitaan dan kebimbangan yang dihadapi oleh rakyat bawahan? Lebih merisaukan apabila rasa takut dengan hujan lebat kerana tahu nasib yang sama bakal berulang.

27 September 2021 | 20 Safar 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor