Home Kenyataan Media PAS Selangor

Banjir di Pulau Pinang. PAS Selangor Akan Hantar Bantuan

3229
SHARE

 PAS Selangor melahirkan rasa simpati dan sedih kepada seluruh rakyat Pulau Pinang dan Kerajaan Pulau Pinang yang kini sedang dilanda banjir yang terburuk dalam sejarah negeri itu. PAS Selangor akan menghantar bantuan kepada mangsa-mangsa dengan kadar segera termasuk bantuan logistik oleh Jabatan Amal Selangor.

PAS Selangor berharap semua rakyat Pulau Pinang bersabar dan berdoa kehadrat Allah SWT agar bencana ini dapat diredakan dengan segera. 

Dalam masa yang sama PAS Selangor mendesak agar semua agensi penyelamat dari Kerajaan Pusat, Polis dan Tentera untuk bertindak memberikan bantuan segera dan menyelamatkan mangsa yang terperangkap bagi mengelakkan sebarang kemalangan jiwa. 
Sejahtera Bersama Islam
YB Ust Salehen Mukhyi

Pesuruhjaya PAS Selangor

5 November 2017