Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sabak Bernam
Oleh : Umar Al-Hayawi
SABAK BERNAM, 8 Ogos – ‘Bakul Prihatin’ sumbangan Perikatan Nasional buat setiap parlimen diseluruh negeri, terus berbakti kepada rakyat dan penduduk yang memerlukan bantuan.
Timbalan YDP PAS Kawasan Sabak Bernam, Tuan Hj Zamri Yahya bersama beberapa orang pimpinan PAS Kawasan telah turun menyantuni dan menyerahkan ‘Bakul Prihatin’ kepada mereka yang memerlukan bantuan di Kampung Sekendi dan Kampung Teluk Rhu.
Semoga bantuan tersebut dapat meringan sedikit beban penerima dan juga semoga ia dapat mengembalikan semula senyuman mereka yang hilang dikaburi masalah dan kesusahan dalam situasi pandemik COVID-19 ini.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor