Home Berita PAS Selangor

“Bakul Prihatin” menyantuni penduduk Damansara –

52
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

DAMANSARA, 12 September – Hari ini, telah berlangsungnya pelancaran program Pengagihan Bakul Prihatin Perikatan Nasional Kawasan Damansara DUN Bukit Lanjan.

Sebanyak 200 unit “Bakul Prihatin” bakal diagihkan kepada golongan asnaf, B40, pesakit terlantar serta golongan ibu tunggal di sekitar DUN Bukit Lanjan.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Damansara ketika dihubungi menyatakan bahawa, serahan bantuan “Bakul Prihatin” tersebut akan dibuat melalui wakil-wakil cawangan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor