Home Berita PAS Perlis

Az-Zahra, Muslimat PAS Perlis santuni masyarakat DUN Kayang

16
SHARE

Oleh MUHAMMAD HADI

KANGAR, 19 Jan: Badan Amal Isteri Wakil-Wakil Rakyat Perikatan Nasional Perlis (Az Zahra) dengan kerjasama Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis dan Lajnah Kesihatan Dewan Muslimat PAS Negeri Perlis turun padang menyantuni masyarakat di beberapa lokasi dalam DUN Kayang.

Seawal jam 9 pagi, para peserta program yang terdiri daripada isteri-isteri wakil-wakil rakyat PN Perlis, AJK DMPNPs, wakil daripada PAPISMA dan  telah berkumpul di Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kayang sebelum bergerak ke lokasi-lokasi yang telah ditetapkan.

Turut sama hadir bagi menjayakan program ialah isteri Menteri Besar Perlis, Najwa Othman.

Selain mengadakan lawatan dari rumah ke rumah, mereka turut menyampaikan sumbangan kepada beberapa buah keluarga yang memerlukan.

Sementara itu, Najwa ketika ditemui berkata, sejak penubuhannya, Az-Zahra sentiasa aktif dalam program-program bersifat kebajikan dan kemasyarakatan.

“Alhamdulillah, melalui program seumpama ini, kami bukan sahaja dapat mendekati dan memahami denyut nadi masyarakat, malah maklumat tentang mereka yang memerlukan bantuan juga dapat kami kumpulkan,” ujarnya.