Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Ayuh Hadirkan diri ke Muktamar Tahunan DMPM ke 58 di Terengganu

136 views
SHARE

Ayuh Hadirkan diri ke Muktamar Tahunan DMPM ke 58 di Terengganu

Bakal berlangsung Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) kali ke 58 dalam 2 hari lagi. Tuan rumah iaitu Terengganu telah dipilih bagi menjayakan agenda tahunan takwim DMPM tahun 2018 ini.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Seseorang muslim dengan seorang muslim yang lain laksana satu bangunan yang tersusun, saling kuat-menguatkan di antara satu sama lain”.
(Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Muktamar ini medan untuk muhasabah yakni introspeksi diri, medan untuk mengatur langkah dan menyusun kembali gerak kerja menjadi lebih tersusun.

Muktamar juga merupakan medium untuk merapatkan ukhwah, menyatukan fikrah dan menyemarakkan tsuq perjuangan.

Memetik kata Hasan al Banna, Berkenal-kenalanlah dengan setiap muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

Justeru, DMPM mengajak seluruh muslimat PAS hadirkan diri ke muktamar pada Jumaat ini iaitu 14 September 2018 di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu bermula jam 8 pagi hingga 7.30 malam.

Pada hari yang sama juga akan berlangsung Muslimat Berselawat istimewa sempena Muktamar kali ke 58 ini.

Istimewa dibawakan sempena Muktamar Tahunan Muslimat PAS Malaysia. Bertempat di Pusat Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI),
Kuala Terengganu bermula jam 8.30 malam sehingga jam 11 malam.

Program istimewa yang julung kali ini bakal membawakan penampilan istimewa Datuk Dr. Norhafizah Musa bersama artis muslimah popular Heliza Helmi & Hazwani Helmi.

Jom bersama-sama berselawat dan memeriahkan majlis. Khas untuk wanita sahaja.

Kami sekali lagi mengalukan kepada para perwakilan dan pemerhati ke Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Malaysia Kali Ke 58. Semoga perancangan dan segala urusan musafir serta jaulah kalian akan dipermudahkan oleh Allah dan berhati-hati semasa memandu dan pantau anak-anak sepanjang berada di tempat muktamar kelak.

Rancang masa perjalanan anda dan amalkan sifat berhemah ketika memandu. Doakan agar majlis muktamar ini akan berjalan dengan baik dan kutiplah segala ilmu dan pengalaman untuk memacu muslimat agar terus istiqamah dalam perjuangan Islam. Sirru ala barakatillah, insyaallah jumpa di Terengganu Jumaat ini.

“Muslimat Istiqamah Memacu Kemenangan”

DR NURUL HANI ALI
Setiausaha
Dewan Muslimat PAS Malaysia/Pengarah Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia

12 September 2018 bersamaan 2 Muharram 1440H.

#muktamarDMPM #muktamar
#visitbeautifulterengganu #M58
#MuktamarDewanMuslimatPASMalaysia