Home Rencana PAS Selangor

Ayuh cakna teknologi masa hadapan – DPPN Selangor

61
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Seiring dengan Pelancaran Dasar Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) Negara yang dilancarkan pada 1 Julai 2021 yang lepas.

DPPNS mengajak masyarakat untuk bersama-sama mengambil cakna akan dasar ini yang datang dengan tujuan bagi meningkatkan lagi keupayaan dan kemampuan negara menguasai 4IR, seterusnya memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan dan berdaya saing.

5 teknologi asas telah dikenalpasti yang akan menjadi pembolehubah dalam memastikan sasaran yang ditetapkan mampu dicapai iaitu kecerdasan buatan (AI), internet benda (IoT), blockchain, pengkomputeran awan dan analitis data raya (cloud computing and big data analytics) serta bahan dan teknologi termaju (advanced materials and technologies).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ketika itu, Khairy Jamaluddin saat majlis pelancaran itu dilaporkan berkata, Dasar 4IR Negara itu akan melengkapi Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara 2021-2030 (DSTIN).

Katanya, dasar itu membawa agenda pemerkasaan sains, teknologi dan inovasi yang disepadukan dengan pengukuhan ekonomi di bawah Rangka Kerja 10-10 MySTIE.

30 September 2021 | 23 Safar 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor