“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
Bangi | Setelah melihat apa yang terjadi kepada saudara kita di Palestin pastinya semua umat Islam di dunia ini berasa geram dan ingin berjihad bersama mereka. Perkara ini telah berlaku di negara-negara yang berdekatan Palestin seperti Jordan, Syria dan Mesir. Mereka telah pergi ke sempadan negara Palestin untuk berjuang bersama.
Pengarah Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor Tuan Shehdi Hazrik Shamsudin dalam mengulas perkara tersebut menyatakan bahawa semangat orang Islam di negara kita terbatas untuk pergi berjuang di Palestin akan tetapi boleh ditunjukkan dengan mengadakan solidariti, sokongan dan sumbangan.
Menurut beliau lagi “kami anggota Amal Negeri Selangor akan terus bersama perjuangan Palestin. Jom berjihad bersama rakyat Palestin dengan harta kita bagi menyumbang ke jalan fisabilillah”
Beliau turut menyarankan agar sumbangan juga boleh dibuat melalui online ke akaun Bank Islam 12243010006235 atas nama Pertubuhan Ganerasi Amal Selangor. Insya Allah, akan sampaikan sumbangan tersebut melalui Aid For Palestin.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor