Home Berita PAS Terengganu

ATM gerakkan anggota bantu mangsa banjir Pantai Timur

281
SHARE

KUALA TERENGGANU, 27 Februari – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengatur dan menggerakkan anggota serta aset bagi membantu mangsa-mangsa yang terjejas banjir di Pantai Timur.

ATM melalui Tentera Darat Malaysia (TDM) mengarahkan Briged Kelapan Infantri Malaysia (8 Bgd) ke negeri Terengganu dan Kelantan.

Rejimen Artileri Diraja Kelima (RAD) memberi bantuan di kawasan Besut, Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) ke-16 di Hulu Terengganu dan RAMD ke-21 di Rantau Panjang dan Pasir Mas, Kelantan.

ATM melalui laman rasmi mereka menyatakan komitmen bagi membantu agensi keselamatan yang lain melalui koordinasi Pusat Operasi Bencana (POB) negeri untuk operasi pemindahan.